Newsletter MAJEXA 13

Assalamualaikum.. Alhamdulillah, bertemu lagi kita di ruangan MAJEXA pada minggu ini. Diharapkan semua sahabat-sahabat berada dalam keadaan yang sihat sejahtera. Seperti biasa, berikut adalah kemaskini bagi aktiviti kita pada minggu […]

Diterbitkan pada 24 March 2021 dalam kategori 

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, bertemu lagi kita di ruangan MAJEXA pada minggu ini. Diharapkan semua sahabat-sahabat berada dalam keadaan yang sihat sejahtera. Seperti biasa, berikut adalah kemaskini bagi aktiviti kita pada minggu ini.

Kuliah Maghrib - Kitab Safinatun Najwa

Seperti biasa, Kuliah Maghrib akan diadakan pada Hari Rabu, jam 7.50 malam. Ustaz Ashrul akan kembali lagi kali ini dengan kupasan topik baru berdasarkan Kitab Safinatun Najwa.

Butiran zoom kuliah boleh diperolehi di halaman Kuliah Maghrib

Tahlil Bulanan

Tahlil bulanan juga akan diteruskan sepetti biasa. Tahlil ini diadakan setiap Khamis terakhir bagi setiap bulan pada jam 7.55 malam. Untuk kali ini, tahlil dan bacaan Yasin akan diketuai oleh saudara Dr Muhammad Zulfakhar. Jadi marilah kita bersama-sama menyertai tahlil ini.

Butiran Zoom tahlil boleh diperolehi di SINI

MAJEXA Sharing - E-Filing

Untuk minggu ini, satu perkongsian mengenai E-Filing akan diadakan pada 26 Mac iaitu pada hari Jumaat jam 9.00 malam. Perkongsian ini adalah daripada saudari Wardatul Raihan Ahmad yang merupakan seorang Eksekutif Hasil Kanan di Pejabat LHDN Cawangan Kota Bharu. Jadi, buat sahabat-sahabat semua, jangan lupa untuk bersama-sama mendengar perkongsian ini dan jika ada sebarang persoalan mengenai E-Filing ini bolehlah kemukakan pada Saudari Wardatul nanti.

Butiran Zoom perkongsian ini boleh didapati di SINI

Kuliah Dhuha - Kitab Tarbiyatul Awlad

Untuk kuliah Dhuha juga, seperti biasa kita akan bersiaran bersama dengan ustaz Ashrul pada hari Sabtu jam 9.00 pagi. Jadi jangan lupa untuk bersama-sama menyertai kuliah ini. Ustaz akan mengupas lagi topik berdasarkan Kitab Tarbiyatul Awlad.

Sesi kuliah akan berlangsung di halaman rasmi Facebook Majexa .

Leave a Reply

Your email address will not be published.

About Majexa

MAJEXA or MRSM Jasin Ex Student Association have been established since 2009 by a group of ex-students from the SPM 2000 batch to act as a non-profit organization to encourage, foster and promote close relations among our batchmates.
read more »
All rights reserved © 2020 - MRSM Jasin Ex Student Association - Majexa.org