Newsletter MAJEXA 14

Apa khabar sahabat-sahabat semua? Alhamdulillah bertemu lagi kita di ruangan newsletter pada minggu ini. Hari ini bermula kembali sesi persekolahan setelah seminggu bercuti. Ibu bapa mula sibuk menguruskan anak-anak untuk […]

Diterbitkan pada 5 April 2021 dalam kategori 

Apa khabar sahabat-sahabat semua? Alhamdulillah bertemu lagi kita di ruangan newsletter pada minggu ini.

Hari ini bermula kembali sesi persekolahan setelah seminggu bercuti. Ibu bapa mula sibuk menguruskan anak-anak untuk ke sekolah setiap pagi dan jalanraya juga mulai sesak kembali. Kepada yang memandu ke tempat kerja, selamat memandu dan berhati-hati di jalanraya.

Seperti biasa, kami kemaskini segala aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan bagi minggu ini. Aktiviti-aktiviti untuk minggu ini adalah seperti yang berikut.

Majlis Berbuka Puasa MAJEXA

Seperti yang telah diwarwarkan sebelum ini, satu majlis berbuka puasa akan diadakan buat ahli-ahli MAJEXA. Majlis di bawah kelolaan AJK Biro Sosial Dan Komunikasi ini akan diadakan pada 23hb April, hari Jumaat di Cyberview Resort and Spa, Cyberjaya. Dijemput semua sahabat-sahabat untuk bersama-sama menyertai majlis berbuka puasa MAJEXA ini. Kehadiran sahabat-sahabat semua amat dialu-alukan bagi memeriahkan majlis kita nanti.

Pada mana-mana sahabat yang ingin menyertai majlis ini, masih boleh daftar kehadiran di SINI.

Kuliah Maghrib - Menjelang Ramadhan

Kuliah Maghrib akan berjalan seperti biasa pada hari Rabu ini. Untuk minggu ini, Ustaz Hisham akan mengupas topik menjelang Ramadhan memandangkan kita bakal menyambut Ramadhan tidak lama lagi. Jadi mangan lupa temujanji kita bersama ustaz Hisham pada jam 7.55malam, 7hb April ini.

Butiran zoom kuliah ini boleh diperolehi di Halaman Kuliah Maghrib

MAJEXA Sharing - Pusakaku

Untuk minggu ini, satu perkongsian mengenai pusaka akan dijalankan oleh sahabat MAJEXA kita iaitu Saudara Zulfadzli Hisyam Samsudin. Sesi perkongsian akan diadakan pada hari Jumaat, 9hb April jam 9.00 malam. Saudara Zulfadzli akan mengupas lebih lanjut mengenai topik pusaka ini dan mana-mana sahabat yang mempunyai Semarang persoalan mengenai pusaka boleh utarakan pada beliau nanti. Jom kita meriahkan sesi perkongsian ini nanti.

Butiran Zoom perkongsian ini boleh diperolehi di SINI

Kuliah Dhuha - Kitab Tarbiyatul Awlad

Seperti biasa, pada setiap Sabtu jam 9.00pagi, Ustaz Hisham akan bersiaran dengan Kuliah Dhuha beliau. Nantikan topik yang lebih menarik dari beliau pada minggu ini berdasarkan Kitab Tarbiyatul Awlad. Sama-sama kita saksikan.

Sesi kuliah akan berlangsung di halaman rasmi Facebook Majexa .

Leave a Reply

Your email address will not be published.

About Majexa

MAJEXA or MRSM Jasin Ex Student Association have been established since 2009 by a group of ex-students from the SPM 2000 batch to act as a non-profit organization to encourage, foster and promote close relations among our batchmates.
read more »
All rights reserved © 2020 - MRSM Jasin Ex Student Association - Majexa.org